Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas dipercayai rosakkan bendera S'pura dan sepanduk di Punggol

Seorang lelaki berusia 25 tahun diberkas pada Isnin (2 Ogos) atas dakwaan melakukan perbuatan nakal dan membawa senjata berbahaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas dipercayai rosakkan bendera S'pura dan sepanduk di Punggol

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 07:59AM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 08:00AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun diberkas pada Isnin (2 Ogos) atas dakwaan melakukan perbuatan nakal dan membawa senjata berbahaya.

Polis menyatakan mereka mengambil tindakan setelah menerima maklumat bahawa seorang lelaki menggunting bendera Singapura yang digantung di sekitar Punggol Walk pada 2 Ogos.

"Lelaki itu didakwa memiliki sebilah gunting dan pisau," menurut polis dalam kenyataan media.

"Siasatan awal mendedahkan lelaki itu didakwa merosakkan beberapa bendera kebangsaan Singapura dan sepanduk hiasan yang dipaparkan di sekitar Punggol Field, Punggol Central dan Punggol Walk."

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini (3 Ogos).

Atas kesalahan memiliki senjata berbahaya, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan dikenakan sebatan rotan sekurang-kurangnya enam kali jika sabit kesalahan.

Hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan nakal adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan