Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas, didakwa cabul kehormatan wanita di stesen minyak

Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes mencabul kehormatan. Demikian menurut polis semalam (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas, didakwa cabul kehormatan wanita di stesen minyak

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Jan 2018 08:26AM Dikemas Kini : 15 Jan 2018 08:27AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes mencabul kehormatan. Demikian menurut polis semalam (14 Jan).

Seorang wanita, 20 tahun, membuat aduan pada Sabtu (13 Jan) bahawa beliau dicabul ketika sedang beratur di sebuah stesen minyak di Bukit Batok West Avenue 5.

Lelaki berkenaan ditangkap 16 jam selepas laporan polis itu dibuat.

Siasatan masih dijalankan.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau didenda, dirotan atau gabungan hukuman-hukuman tersebut. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan