Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas cuba seludup 1kg Ice di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki warga Malaysia yang berusia 45 tahun diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada hari Khamis (2 Ogos) selepas pihak berkuasa menemui 1 kilogram Ice di dalam kenderaannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas cuba seludup 1kg Ice di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Ice yang dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 2 Ogos. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 08:49PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 08:52PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia yang berusia 45 tahun diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada hari Khamis (2 Ogos) selepas pihak berkuasa menemui 1 kilogram Ice di dalam kenderaannya. Dadah itu mempunyai nilai pasaran sekitar S$100,000.

Lelaki tersebut memandu kereta yang didaftarkan di Malaysia apabila diarahkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media bersama.

Para pegawai ICA menjumpai tujuh bungkusan yang disyaki dadah terkawal, yang dibungkus di dalam beg ziplock.

Salah satu beg disembunyikan di belakang konsol gear, manakala enam yang lain disembunyikan di dalam konsol berkenaan.

Lelaki itu kemudian diberkas dan kes itu diserahkan kepada pihak CNB.

Beg tersebut didapati mengandungi sekitar 1 kilogram bahan kristal yang dipercayai adalah Ice.

Jumlah Ice tersebut mampu membekalkan sekitar 570 penagih dadah selama seminggu, menurut kenyataan itu.

Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih 250 gram methamphetamin mungkin boleh dijatuhi hukuman mati.

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan