Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas cuba rompak guna senjata di Tampines

Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas pada Rabu (29 Mei) kerana disyaki terbabit dalam satu kes cuba merompak menggunakan senjata, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas cuba rompak guna senjata di Tampines

Jaket hoodie hitam dan kasut yang dirampas polis. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 30 May 2019 07:26AM Dikemas Kini : 30 May 2019 07:29AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas pada Rabu (29 Mei) kerana disyaki terbabit dalam satu kes cuba merompak menggunakan senjata, menurut polis.

Pada 19 Mei, sekitar 6.30 pagi, pihak berkuasa menerima aduan tentang seorang lelaki yang tidak dikenal pasti memakai hoodie hitam cuba merompak seorang lelaki warga tua berusia 78 tahun dengan menggunakan pisau lipat di Blok 266 Tampines Street 21.

Mangsa menjerit untuk meminta bantuan lalu suspek terus meninggalkan tempat kejadian tanpa mengambil apa-apa.

Mujur, mangsa tidak cedera akibat insiden tersebut.

Identiti suspek sudah dikenal pasti menerusi soal siasat dengan orang awam dan rakaman video daripada kamera-kamera polis. Dia diberkas di Tampines Street 32 pada Rabu.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan cuba merompak menggunakan senjata. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara antara dua hingga tujuh tahun dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan