Lelaki diberkas campak perkakas rumah dari flat HDB
Seorang lelaki berusia 57 tahun ditangkap hari ini (18 Feb) di Blok 15 Upper Boon Keng Road selepas dilaporkan membuang perkakas rumah dan tin kosong dari unit kediamannya.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 57 tahun diberkas hari ini (18 Feb) di Blok 15 Upper Boon Keng Road selepas dilaporkan membuang perkakas rumah dan tin kosong dari unit kediamannya.
Pihak polis dimaklumkan mengenai insiden di blok HDB berkenaan pada 10.20 pagi tadi. Tiada orang dilaporkan cedera.
Tempat meletak kenderaan di kawasan itu dikepung semasa insiden tersebut berlaku.
Lelaki berkenaan diberkas atas kesalahan bertindak terburu-buru di bawah Akta Kesihatan Mental. Siasatan polis masih dijalankan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan polis telah bertindak memasuki flat berkenaan secara paksa dan menangkap lelaki yang disyaki.
SCDF juga memasang dua 'lifepaks' dan satu jaring kecemasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.