Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas cabul kehormatan di Woodlands Industrial Park

Polis menangkap seorang lelaki berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes mencabul kehormatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas cabul kehormatan di Woodlands Industrial Park

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 09:15PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 09:16PM

SINGAPURA: Polis menangkap seorang lelaki berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes mencabul kehormatan.

Sekitar pukul 1.30 tengah hari pada Sabtu (18 Sep), polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang melaporkan bahawa beliau dicabul kehormatannya oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Woodlands Industrial Park E2.

Identiti lelaki itu dikenal pasti oleh polis menerusi siasatan susulan dan melalui rakaman kamera polis.

Dia diberkas pada hari yang sama aduan itu dibuat.

Lelaki itu akan didakwa pada Isnin atas kesalahan mencabul kehormatan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, dirotan atau mana-mana gabungan hukuman itu. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan