Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dibawa ke hospital selepas lori masuk longkang

Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas lori yang dipandunya terperosok ke dalam sebatang longkang di Lower Delta Road petang tadi (7 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dibawa ke hospital selepas lori masuk longkang

Gambar: Kerry Ng

Diterbitkan : 07 Feb 2018 09:04PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 09:06PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dibawa ke hospital selepas lori yang dipandunya terperosok ke dalam sebatang longkang di Lower Delta Road petang tadi (7 Feb).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar 5.00 petang tadi.

Pemandu lori berkenaan dibawa ke Hospital Besar Changi dengan ambulans, menurut SCDF.

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan serius.

Cik Kerry Ng yang berada di tempat kejadian, memberitahu Mediacorp bahawa ia kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah jejantas.

Sekeping gambar yang dikirim Cik Ng menunjukkan pagar longkang remuk akibat dilanggar lori itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan