Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki curi CashCard dari IU kereta di Woodland ditangkap

Seorang lelaki ditangkap semalam (5 Dis) kerana didakwa mencuri CashCard daripada unit dalam kenderaan (IU) pada motosikal-motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan bertingkat di Woodlands, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki curi CashCard dari IU kereta di Woodland ditangkap

Polis menerima beberapa aduan kecurian CashCard antara Oktober 2017 dengan November 2017. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 05:51PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 05:55PM

SINGAPURA: Seorang lelaki ditangkap semalam (5 Dis) kerana didakwa mencuri CashCard daripada unit dalam kenderaan (IU) pada motosikal-motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan bertingkat di Woodlands, menurut polis.

Polis menerima beberapa aduan kecurian CashCard antara Oktober 2017 dengan November 2017.

Divisyen Polis Jurong kemudian menjalankan siasatan dan menggunakan rakaman kamera polis untuk mengenal pasti identiti suspek dan menangkapnya di Woodlands Square.

Polis turut merampas CashCard yang ditemui bersama-sama suspek semasa penangkapan tersebut.

Suspek berkenaan akan dituduh esok (7 Dis) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda.

Demi mengelak kecurian daripada kenderaan, Pasukan Polis Singapura menasihati pemilik kenderaan supaya mengambil langkah-langkah berjaga seperti berikut:

- Pasang sistem penggera anti-kecurian

- Jangan tinggalkan barang-barang berharga seperti duit dan telefon bimbit dalam kenderaan

- Kunci pintu dan menutup tingkap kenderaan

- Letakkan kenderaan di kawasan-kawasan yang terang

- Hubungi polis apabila ternampak individu yang mencurigakan  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan