Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki cekik isteri hamil dengan tuala sebelum bunuh anak perempuan 4 tahun

Seorang lelaki berusia 41 tahun yang mengalami masalah kewangan dan perjudian mencekik leher isterinya yang sedang hamil dengan tuala, sebelum melakukan perkara yang sama terhadap anak perempuannya berusia empat tahun, dua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cekik isteri hamil dengan tuala sebelum bunuh anak perempuan 4 tahun

Teo Ghim Heng (berbaju merah) tergamak bunuh isteri dan anak perempuan 4 tahun, bakar mayat mereka. (Gambar: Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 02 Jul 2019 07:59PM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 08:05PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 41 tahun yang mengalami masalah kewangan dan perjudian mencekik leher isterinya yang sedang hamil dengan tuala, sebelum melakukan perkara yang sama terhadap anak perempuannya berusia empat tahun, dua tahun lalu.

Teo Ghim Heng kemudian didakwa cuba membunuh diri dengan pelbagai cara, bagaimanapun gagal. Dia kemudian dikatakan meletak mayat-mayat itu bersebelahan dan membakarnya, sebelum baring bersebelahan mayat-mayat tersebut.

Bagaimanapun, dia meninggalkan flatnya apabila merasakan bahang api yang panas, dan didakwa menghidupkan alat penghawa dingin serta menutup tingkap bagi melambatkan proses mayat-mayat tersebut menjadi reput.

Mayat-mayat yang sudah rentung itu hanya ditemui lapan hari kemudian, pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 2017.

Sepanjang lapan hari sebelum penemuan mengerikan itu, Teo tidur bersebelahan mayat-mayat itu dan melungsuri Internet. Sejarah Internetnya mendedahkan bahawa dia mencari cara-cara untuk membunuh diri. Pada waktu itu, dia berbohong kepada keluarganya tentang sebab isteri dan anak mereka tidak ikut serta dalam sambutan Tahun Baru Cina. Dia juga cuba elak daripada menemui majikannya.

Teo, yang kini berusia 43 tahun, minta dibicarakan pada Selasa (2 Jul) atas dua tuduhan membunuh, dengan tuduhan ketiga melibatkan janin berusia 6 bulan ditangguhkan buat sementara waktu.

MANGSA MENINGGAL DUNIA AKIBAT DICEKIK

Autopsi yang dilakukan ke atas mayat Cik Choong dan anak perempuannya mengesan kecederaan di bahagian leher mereka. Seorang ahli patologi forensik mengesahkan Cik Choong mati dicekik, dengan tubuhnya melecur.

Punca kematian janin, yang berusia sekitar enam bulan pula adalah disebabkan kematian ibunya.

Manakala, anak perempuannya yang berusia empat tahun meninggal dunia akibat pernafasannya terhenti dengan kecederaan di bahagian bawah muka dan leher menunjukkan hentakan benda tumpul menyebabkan kematiannya.

Pihak pendakwa akan memanggil sekitar 60 saksi sepanjang perbicaraan kes itu, yang dijangka berlangsung sepanjang dua minggu ini.

Jika didapati bersalah kerana membunuh, Teo boleh dijatuhi hukuman mati.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan