Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki bunuh kekasih isteri dihukum mati selepas rayuan pendakwa diterima

Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh bekas kekasih isterinya, dijatuhi hukuman mati hari ini (27 Jun), selepas rayuan pihak pendakwa.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bunuh kekasih isteri dihukum mati selepas rayuan pendakwa diterima

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 05:20PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 05:21PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh bekas kekasih isterinya, dijatuhi hukuman mati hari ini (27 Jun), selepas rayuan pihak pendakwa.

Ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju bahawa Chia Kee Chen, 58 tahun, secara terang-terangan tidak mempedulikan nyawa Encik Dexmon Chua.

Pada Ogos tahun lalu, Chia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Hakim Choo Han Teck berkata bahawa meskipun dia mempunyai hasrat dan bertujuan untuk membunuh, terdapat kemungkinan bahawa Chia bukan individu yang memukul Encik Chua hingga mati memandangkan serangan tersebut dilakukan bersama dua lagi individu.

Encik Chua dipukul hingga mati dan mayatnya dibiarkan di Lim Chu Kang Road pada awal pagi 29 Disember 2013.

Namun, Ketua Hakim Menon berkata bahawa Chia dijatuhi hukuman mati hari ini atas tiga sebab.

Pertama, dia merupakan dalang di sebalik rancangan untuk menculik dan menyerang Encik Chua lebih setahun selepas hubungan sulit bersama isterinya berakhir.

Kedua, meskipun rakan sekongkolnya, warga Indonesia bernama Febri Irwansyah Djatmiko, 36 tahun, yang memukul Encik Chua, Chia tidak mengarahkan Febri untuk berhenti.

Ketiga, Ketua Hakim Menon berkata bahawa serangan itu ganas dan kejam dengan merujuk kepada keretakan teruk di kepala dan juga kesan darah di tempat letak kereta Chua Chua Kang di mana serangan itu berlaku.

Febri kini berleluasa di Indonesia. Chia pula akan dihukum mati selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang terdiri daripada Ketua Hakim Menon, Hakim Rayuan Judith Prakash dan Tay Yong Kwang.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan