Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki bogel di tempat awam dalam video tular ditahan

Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dirakam video memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bogel di tempat awam dalam video tular ditahan

(Gambar-gambar dari media sosial)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 04:29PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 04:34PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dirakam video memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (12 Jun).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, polis menyatakan lelaki itu akan didakwa berada dalam keadaan berbogel di tempat awam di bawah Akta Pelbagai Kesalahan (Ketenteraman Awam dan Gangguan).

Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kejadian di mana seorang lelaki dilaporkan berjalan-jalan dengan keadaan berbogel di Blok 212 Lorong 8 Toa Payoh sekitar 5.45 pagi Khamis.

Lelaki itu kemudian ditangkap, tambah polis.

Sebuah video yang tular pada hari Khamis menunjukkan seorang lelaki bogel memanjat ke bumbung sebuah kereta - dengan pemandunya di dalam - di tempat letak kereta terbuka.

Setelah pemandu tersebut keluar dari keretanya, lelaki berkenaan melompat dan berdiri di depan kenderaan itu.

"Lelaki itu juga sedang disiasat atas kesalahan lain, seperti gangguan orang awam, perbuatan lucah di tempat awam, menceroboh dan mungkin juga melanggar peraturan lalu lintas, dalam insiden lain yang dilaporkan," kata pihak berkuasa.

Polis memberitahu Mediacorp lelaki itu dipercayai orang yang sama dilihat dalam satu lagi video tular sedang menunggang motosikal ketika berbogel dan tanpa topi keledar.

Dalam gambar yang diambil oleh orang ramai, penunggang motosikal itu dilihat sedang menunggu di lampu isyarat dekat Masjid Darul Aman di Eunos. Satu lagi video yang lain menunjukkannya menunggang di PIE.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan