Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki akan didakwa cederakan & ancam rogol isteri

Seorang lelaki berusia 31 tahun akan didakwa hari ini (10 Sep) setelah dia dipercayai mengugut untuk merogol isterinya dan mencederakannya dalam satu kejadian yang berlaku setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki akan didakwa cederakan & ancam rogol isteri

Blok 102 Aljunied Crescent. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 10 Sep 2021 07:49AM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 07:50AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun akan didakwa hari ini (10 Sep) setelah dia dipercayai mengugut untuk merogol isterinya dan mencederakannya dalam satu kejadian yang berlaku setahun lalu.

Polis menyatakan pada Khamis (9 Sep) bahawa puhaknya menerima panggilan meminta bantuan di Blok 102 Aljunied Crescent kira-kira pukul 2.00 petang pada 17 Oktober tahun lalu.

Pemanggil itu berkata bahawa beliau diancam oleh suaminya dengan sebilah pisau. Lelaki itu diberkas seminggu kemudian pada 24 Oktober.

Siasatan mendedahkan bahawa tertuduh bergaduh dengan isterinya, menurut polis.

Dia didakwa cuba mencederakan isterinya dengan menuang syampu pada kepala wanita itu dan ia terkena matanya. Dia juga memukul wanita itu menggunakan tuala, mengoyakkan pakaiannya, mengugut untuk merogolnya dan menyuruh teman-temannya untuk merogol isterinya, kata polis. Dia juga mengacukan pisau terhadap wanita itu dan memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Lelaki itu akan didakwa kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja, menggunakan kekerasan dan ugutan.

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali. Dia juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali bagi ugutan jenayah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan