Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 68 tahun diberkas; didakwa cabul budak lelaki di Tampines

Seorang lelaki berusia 68 tahun diberkas pada Jumaat (10 Mei) kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki di Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 68 tahun diberkas; didakwa cabul budak lelaki di Tampines

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 11 May 2019 07:24AM Dikemas Kini : 11 May 2019 07:27AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 68 tahun diberkas pada Jumaat (10 Mei) kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki di Tampines.

Polis menyatakan pihaknya menerima aduan pada Khamis sekitar 2.55 petang berhubung mangsa lelaki berusia 10 tahun yang dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Tampines Avenue 9.

Selepas menjalankan siasatan di kawasan tersebut dan dengan bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), para pegawai Divisyen Polis Bedok mengenal pasti lelaki berkenaan dan menangkapnya di Tampines Street 44 pada keesokan harinya.

Polis masih menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.

Sesiapa yang didapati bersalah mencabul kehormatan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda, disebat atau gabungan hukuman itu.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan