Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 68 tahun cabul budak perempuan 10 tahun di Bedok

Lelaki warga emas berusia 68 tahun yang disyaki mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan 10 tahun diberkas, menurut polis pada Selasa (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 68 tahun cabul budak perempuan 10 tahun di Bedok

Pegawai polis memberkas seorang suspek di Singapura. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 12:10PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 12:12PM

SINGAPURA: Lelaki warga emas berusia 68 tahun yang disyaki mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan 10 tahun diberkas, menurut polis pada Selasa (18 Jun).

Polis menyatakan pihaknya menerima aduan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali di Bedok North Street 1 pada sekitar 4.00 petang Jumaat lalu (14 Jun).

Dengan bantuan gambar-gambar dari kamera-kamera polis, para pegawai berjaya mengenal pasti lelaki berkenaan dan memberkasnya pada Isnin (17 Jun).

Siasatan sedang dijalankan.

Sesiapa yang disabit kesalahan mencabul kehormatan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda dan dirotan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan