Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 66 tahun ditemui mati luar Hotel Fairmont

Seorang lelaki berusia 66 tahun ditemui mati di luar Hotel Fairmont di Bras Basah Road hari ini (7 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 66 tahun ditemui mati luar Hotel Fairmont

Keadaan di Hotel Fairmont. (Gambar: Khoo Bee Khim)

Diterbitkan : 07 Jan 2018 06:25PM Dikemas Kini : 07 Jan 2018 06:30PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 66 tahun ditemui mati di luar Hotel Fairmont di Bras Basah Road hari ini (7 Jan).

Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat insiden.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan perubatan pada 11.10 pagi dan mengerahkan sebuah ambulans dan motosikal bomba ke tempat insiden.

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut terjatuh daripada hotel.

Sekitar 3.00 petang, kawasan berkenaan dikepung dan pekerja pembersihan dilihat tiba di tempat insiden.

Polis sedang menjalankan siasatan ke atas kes yang pihaknya menyifatkan sebagai kematian luar biasa.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan