Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 64 tahun didakwa bunuh anak perempuan di flat Bedok

Seorang lelaki berusia 64 tahun didakwa atas tuduhan membunuh hari ini (20 Nov) selepas anak perempuannya ditemui mati di dalam sebuah flat di Bedok semalam (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2018 11:30AM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 10:14PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 64 tahun didakwa atas tuduhan membunuh hari ini (20 Nov) selepas anak perempuannya ditemui mati di dalam sebuah flat di Bedok semalam (19 Nov).

Tan Tian Chye dituduh membunuh Tan Jiaping Desiree di sebuah unit yang terletak di tingkat lapan Blok 171 di Bedok South Road pada Isnin (19 Nov).

Polis menerima panggilan meminta bantuan pada pukul 3.43 petang semalam.

Cik Tan ditemui terbujur di dalam flat berkenaan dan disahkan mati oleh para paramedik di tempat kejadian pada pukul 4.17 petang.

Jika didapati bersalah, Tan boleh dikenakan hukuman mati.

Tan ditahan untuk menjalani penilaian psikiatrik dan kemudian akan direman bagi siasatan lanjut. Oleh kerana kes itu melibatkan tuduhan membunuh, Tan tidak akan diberikan ikat jamin.

Kes tersebut akan didengar sekali lagi pada bulan depan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan