Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 61 tahun didakwa gagal pastikan pekerja tidak tawar khidmat seksual di kedai urut

Seorang lelaki berusia 61 tahun akan didakwa pada Rabu (5 Mei) kerana gagal memastikan bahawa pekerjanya tidak menyediakan khidmat seksual di sebuah pusat urut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 61 tahun didakwa gagal pastikan pekerja tidak tawar khidmat seksual di kedai urut

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 May 2021 02:06PM Dikemas Kini : 04 May 2021 02:08PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun akan didakwa pada Rabu (5 Mei) kerana gagal memastikan bahawa pekerjanya tidak menyediakan khidmat seksual di sebuah pusat urut.

Pada petang 12 Ogos tahun lalu, Pasukan Polis Singapura (SPF) menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah pusat urut di Jalan Kayu.

"Menyusuli siasatan susulan, para pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio mengesahkan bahawa lelaki itu gagal memastikan bahawa pekerjanya tidak menawarkan khidmat seksual," menurut SPF pada Selasa (4 Mei).

Dia akan didakwa di bawah Peraturan Rumah Urut 2018. Jika didapati bersalah dia boleh didenda sehingga S$5,000.

Jika dia merupakan pesalah berulang, dia boleh didenda sehingga S$10,000, dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius sesiapa yang terbabit dalam operasi perniagaan haram dan para pesalah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang," menurut SPF.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan