Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 56 tahun diberkas tinggalkan beg di stesen MRT Clarke Quay; buat ancaman palsu

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditangkap kerana membuat ancaman palsu untuk menimbulkan keadaan cemas di stesen MRT Clarke Quay, menurut polis pada Selasa (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 56 tahun diberkas tinggalkan beg di stesen MRT Clarke Quay; buat ancaman palsu

Seorang lelaki ditangkap kerana menimbulkan keadaan cemas di stesen MRT Clarke Quay pada 23 Oktober. (Gambar: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 24 Oct 2018 08:03AM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 08:06AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun ditangkap kerana membuat ancaman palsu untuk menimbulkan keadaan cemas di stesen MRT Clarke Quay, menurut polis pada Selasa (23 Okt).

Insiden berkenaan berlaku pada 16 September.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai sebuah beg yang dibiarkan begitu saja tanpa diawasi pada sekitar 5.00 petang. Satu objek berbentuk bom tangan berwarna kelabu juga ditemui tergantung pada beg tersebut.

Lelaki itu dipercayai sengaja meninggalkan beg berkenaan di stesen kereta api tersebut, menurut polis. Dia kemudian diberkas pada keesokan hari.

Suspek akan didakwa di mahkamah hari ini (24 Okt) di bawah Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-Langkah Anti-Pengganasan).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda maksimum S$500,000. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan