Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 55 tahun diberkas disyaki terlibat dalam perjudian haram

Dalam kenyataannya, polis menyatakan bahawa para pegawai dari Divisyen Tengah melancarkan operasi dan memberkas lelaki tersebut di North Bridge Road. Sebuah telefon bimbit dan wang tunai bernilai S$204 turut dirampas.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 55 tahun diberkas disyaki terlibat dalam perjudian haram

Sebuah telefon bimbit dan wang tunai bernilai S$204 turut dirampas. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 10:26PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 10:33PM

SINGAPURA: Lelaki berusia 55 tahun diberkas pada Rabu (18 Jul) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan taruhan haram.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan bahawa para pegawai dari Divisyen Tengah melancarkan operasi dan memberkas lelaki tersebut di North Bridge Road. Sebuah telefon bimbit dan wang tunai bernilai S$204 turut dirampas.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu menolong seorang penerima taruhan untuk memungut taruhan daripada kaki judi di kawasan North Bridge Road, Tiong Bahru dan Tanjong Pagar," menurut polis.

Siasatan sedang dijalankan ke atas kes tersebut.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sekurang-kurangnya S$200,000.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan