Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 54 tahun dijel hampir 13 tahun; dera anak secara seksual sejak darjah 2

Seorang lelaki berusia 54 tahun dihukum penjara 12 tahun setengah pada Isnin (13 Mei) kerana mendera anak perempuannya secara seksual sepanjang tempoh hampir empat tahun sejak mangsa berusia lapan tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 54 tahun dijel hampir 13 tahun; dera anak secara seksual sejak darjah 2

Gambar fail Mahkamah Tinggi.

Diterbitkan : 13 May 2019 09:05PM Dikemas Kini : 13 May 2019 09:17PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 54 tahun dihukum penjara 12 tahun setengah pada Isnin (13 Mei) kerana mendera anak perempuannya secara seksual sepanjang tempoh hampir empat tahun sejak mangsa berusia lapan tahun.

Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anaknya, mengaku bersalah atas dua tuduhan lebih serius melakukan serangan seksual dan satu tuduhan mencabul kehormatan, dengan lima lagi tuduhan turut diambil kira.

Pihak pendakwa pada Isnin meminta mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 12 tahun, dengan satu tahun tambahan bagi menggantikan hukuman sebat, memandangkan lelaki tersebut sudah berusia melebihi 50 tahun dan tidak boleh dirotan.

"Tertuduh dengan jelas menyalahgunakan kepercayaan mangsa terhadapnya dengan melakukan kesalahan-kesalahan itu," kata pihak pendakwa.

"Hakikatnya, tertuduh meneruskan kelakuannya dengan mengambil kesempatan ketika anak perempuannya mendekatinya untuk meminta bantuan bagi kerja sekolahnya dan ini dengan jelas menunjukkan tahap kepercayaan mangsa terhadapnya yang dengan jelas dicabulinya."

Pihak pendakwa menambah kanak-kanak perempuan tersebut mudah menghadapi bahaya memandangkan usianya masih bawah 14 tahun.

TINDAKAN LELAKI SETAKAT REAKSI, HADAPI MASALAH RUMAHTANGGA: PEGUAM BELA

Peguam bela utama Wendell Wong memohon agar lelaki itu dihukum penjara 10 tahun sambil berkata, tindakan anak guamnya merupakan "fenomena reaktif" akibat rasa geram terhadap masalah rumahtangganya.

Merujuk kepada surat yang ditulis oleh mangsa kepada bapanya, Encik Wong berkata, mereka berdua masih mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau menambah lelaki itu sudah menghentikan tindakan jenayahnya itu sejak beberapa tahun lalu dan rakannya Bryan Wong memberitahu mahkamah bahawa keluarganya "sudah menunjukkan tanda-tanda memaafkannya".

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim See Kee Oon mendapati bahawa lelaki itu berasa bersalah dan melahirkan hasratnya untuk mengaku bersalah sejak awal lagi.

"Namun, kesalahan-kesalahannya amat serius dan melibatkan faktor-faktor memburukkan yang serius dalam konteks hubungan antara bapa dengan anak. Terdapat pecah amanah, mangsa yang mudah terdedah kepada bahaya, kesalahan yang dilakukan sepanjang empat tahun ketika mangsa masih kecil lagi. Saya juga berpendapat hukuman penjara tambahan untuk menggantikan sebatan rotan adalah wajar." 

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan