Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 52 tahun diberkas dalam insiden tampar di tempat letak kereta

Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas setelah dipercayai menampar seorang lelaki lain di sebuah kawasan terbuka tempat letak kenderaan berhampiran pusat beli-belah NEX di Serangoon.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 52 tahun diberkas dalam insiden tampar di tempat letak kereta

(Gambar: Facebook/NEX Singapore)

Diterbitkan : 11 Jun 2020 01:01PM Dikemas Kini : 11 Jun 2020 01:06PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas setelah dipercayai menampar seorang lelaki lain di sebuah kawasan terbuka tempat letak kenderaan berhampiran pusat beli-belah NEX di Serangoon.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu (6 Jun) pada kira-kira 5.00 petang dan polis dimaklumkan mengenai kes tersebut pada hari berikutnya.

"Lelaki berusia 52 tahun itu berasa tidak puas hati dengan seorang lagi lelaki berhubung pertikaian tempat letak kereta dan dipercayai menampar mukanya beberapa kali," kata polis pada Khamis.

Para pegawai dari Divisyen Polis Jurong mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya pada Rabu kerana menimbulkan gangguan awam dan sengaja menyebabkan kecederaan. Siasatan sedang dijalankan, tambah pihak polis.

Jika disabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, suspek boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda hingga S$5,000, atau kedua-duanya.

Sekiranya didapati bersalah menyebabkan gangguan awam, dia boleh didenda tidak melebihi S$2,000. Jika perbuatan itu dianggap boleh menyebabkan kecederaan, bahaya atau kekecauan kepada orang awam atau mereka yang tinggal di kawasan sekitar, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga bulan, denda hingga S$2,000, atau kedua-duanya.

"Polis memandang serius tingkah laku buruk seperti itu, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang," tegas SPF.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan