Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 47 tahun mati dalam kemalangan di tapak binaan Woodlands Avenue 5

Seorang lelaki berusia 47 tahun mati dalam kemalangan di sebuah tapak binaan di Woodlands semalam (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 47 tahun mati dalam kemalangan di tapak binaan Woodlands Avenue 5

Gambar Google Street View di persimpangan berdekatan Woodlands Avenue 5 di mana kemalangan berlaku.

Diterbitkan : 22 Jun 2018 08:02AM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 08:05AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 47 tahun mati dalam kemalangan di sebuah tapak binaan di Woodlands semalam (21 Jun).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada sekitar 1.00 petang. Kemalangan berlaku di persimpangan antara Woodlands Avenue 5 dengan South Woodlands Way.

Polis menyatakan bahawa lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak bergerak.

Menurut SCDF, para penyelamat perlu menggunakan alat pemotong bagi membantu mangsa yang terperangkap di bawah serpihan bahan binaan. Beliau disahkan mati oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Polis masih menjalankan siasatan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan