Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 41 tahun ini diheret ke mahkamah; minta pemandu Grab hantar 'senapang' kepada pembeli

Seorang lelaki yang dipercayai mengendalikan perniagaan menjual senjata replika dan bahan-bahan senjata di Carousell cuba mendapatkan khidmat para pemandu Grab untuk menghantar senjata sedemikian kepada seorang lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 41 tahun ini diheret ke mahkamah; minta pemandu Grab hantar 'senapang' kepada pembeli

Antara senjata replika dan bahan-bahan senjata yang dirampas. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 02:31PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 02:36PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dipercayai mengendalikan perniagaan menjual senjata replika dan bahan-bahan senjata di Carousell cuba mendapatkan khidmat para pemandu Grab untuk menghantar senjata sedemikian kepada seorang lelaki.

Liu Huijian, 41 tahun, didakwa di mahkamah pada Khamis (8 Apr) atas satu tuduhan memiliki 156 senjata yang boleh menembak menggunakan pelet, dan bahagian-bahagian senapang meskipun tidak memilki lesen untuk berbuat demikian.

Kertas pertuduhan turut menyenaraikan barang-barangan yang dipercayai ditemui di kediamannya di Blok 53 Sims Place pada 16 Nov 2018. Ini termasuk: sembilan set "Desert Eagle", empat set "M4A1", dua set "M82A1", tiga set mesingan dan sebilangan senapang air.

Dia juga berdepan dengan dua lagi tuduhan memilki senapang replika tanpa permit import dan mengimport 158 senapang.

Menurut pendakwa raya, Liu mengendalikan perniagaan menjual semula senjata yang menggunakan bateri dan spring dan aksesori berkaitan di Carousell. Ini tergolong dalam definisi senjata di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Saksi pertama yang memberi keterangan di mahkamah bagi pihak pendakwa adalah pemandu Grab Tan Chee Pheow, yang pergi ke rumah Liu pada pagi 16 Nov 2018 setelah menerima tempahan untuk menjemput seorang penumpang ke Woodlands.

Menurut Encik Tan, beliau pergi ke lokasi itu, yang beliau hanya ingat 'sekitar Blok 50" di kawasan Sims dan menunggu buat seketika.

"Seorang lelaki datang dan ketuk di cermin tingkap kereta saya. Seorang lelaki Cina, saya percaya seorang warga China," menurutnya menerusi penterjemah bahasa Mandarin.

"Dia memberikan saya sebuah kotak yang keras. Dia memberitahu saya bahawa kotak itu mengandungi majalah, buku cerita atau surat khabar, saya tidak ingat perbualan yang tepat, tetapi saya menyedari bahawa kotak itu sangat berat."

Beliau berasa curiga dan bimbang jika ia adalah bahan terlarang di dalam kotak itu. Oleh itu beliau meminta lelaki itu supaya membuka kotak tersebut supaya beliau dapat melihat kandungan di dalamnya. Apabila lelaki itu enggan berbuat demikian, Encik Tan memberitahunya bahawa beliau perlu menolak tempahan tersebut.

Lelaki itu akhirnya membuka kotak berkenaan.

"Saya ternampak ada objek seperti senapang di dalam kotak itu dan saya yakin ia bukan senjata mainan," menurut Encik Tan. "Saya serta-merta memulangkan kotak itu kepadanya dan menolak tempahannya. Setelah itu, saya menelefon syarikat Grab untuk memaklumkan syarikat saya supaya membatalkan tempahan itu."

Beliau menambah bahawa beliau tidak sepatutnya menghantar bungkusan itu kerana tugas menghantar bungkusan adalah di bawah platform GrabExpress, sedangkan pemandu Grab hanya setakat menjemput penumpang.

Selain itu, tempahan tersebut melibatkan bayaran wang tunai dan lelaki berkenaan sepatutnya membayarnya wang tunai dahulu, tetapi lelaki itu sebaliknya berkata orang lain akan mengambil kotak itu di Woodlands dan akan memberikannya wang.

Menurut Encik Tan, beliau kemudian menerima panggilan dari balai polis Ang Mo Kio yang memintanya supaya memberikan keterangannya.

Perbicaraan diteruskan, dengan Liu membela dirinya sendiri. Para saksi lain dijangka akan memberikan bukti termasuk para pegawai polis dan seorang wakil dari Carousell.

Jika didapati bersalah kerana memilki senapang, Liu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. Menurut pihak pendakwa, mereka akan mengusulkan hukuman penjara selama empat bulan jika dia mengaku bersalah, tetapi Liu bertegas bahawa dia tidak "akan menerima tawaran itu".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan