Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 38 tahun ditangkap terbabit kes 'bunga api' di Jurong West

Seorang lelaki berusia 38 tahun ditangkap hari ini (29 Okt) kerana disyaki terbabit dalam melepaskan bunga api di Jurong West pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 38 tahun ditangkap terbabit kes 'bunga api' di Jurong West

Petikan gambar daripada video yang tular online. (Gambar-gambar: Facebook / All Singapore Stuff)

Diterbitkan : 29 Oct 2019 11:03PM Dikemas Kini : 29 Oct 2019 11:05PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditangkap hari ini (29 Okt) kerana disyaki terbabit dalam melepaskan bunga api di Jurong West pada hujung minggu lalu.

Pertunjukan bunga api itu dilihat pada malam Ahad antara blok-blok HDB di Jurong West Street 73. Polis dimaklumkan tentang insiden itu pada kira-kira pukul 8 malam.

"Menerusi siasatan lanjut, pegawai polis dari Divisyen Polis Jurong mengenalpasti identiti lelaki itu dan memberkasnya pada 29 Oktober 2019. Siasatan polis masih dijalankan," menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF).

Tiada kecederaan dilaporkan, menurut Polis pada Isnin malam dalam jawapan kepada pertanyaan media.

Polis juga sedang menyiasat kes berasingan berhubung bunga api yang dilepaskan di Jalan Rajah pada malam semalam (28 Okt).

Sesiapa yang sabit kesalahan melepaskan bunga api berbahaya boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda antara S$2,000 dengan S$10,000, atau kedua-duanya.

Orang awam diingatkan bahawa memiliki, menjual, menghantar, mengagihkan atau mengimport sebarang jenis bunga api yang berbahaya adalah satu kesalahan," menurut polis.

"Polis tidak terima langsung mana-mana tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain serta menyebabkan kecemasan tidak wajar kepada orang awam, dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sewenang-wenangnya."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan