Images
  • mercun
    Seorang lelaki berusia 38 tahun akan didakwa pada Khamis (26 Mac) kerana melepaskan mercun. (Gambar: All Singapore Stuff/Facebook)

Lelaki 38 tahun didakwa kerana lepaskan mercun di Jurong West

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun akan didakwa pada Khamis (26 Mac) kerana melepaskan mercun di Jurong West tahun lalu.

Lelaki tersebut diberkas pada 29 Okt tahun lalu, dua hari setelah mercun dilepaskan di Jurong West Street 73.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mercun dilepaskan antara blok-blok HDB.


Percikan bunga api itu berlarutan selama sekurang-kurangnya 20 saat, yang turut disaksikan oleh para penduduk dari blok-blok bersebelahan.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh didenda antara S$2,000 hingga S$10,000, dihukum penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya.

"Ia adalah satu kesalahan untuk memiliki, menjual, menghantar, mengedarkan atau mengimport sebarang mercun yang berbahaya," menurut polis.

"Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain serta menimbulkan rasa cemas dalam kalangan orang awam dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang."

- CNA/NA/na

Top