Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 37 tahun ditangkap berhubung siri kes aniaya kucing di Ang Mo Kio

Seorang lelaki berusia 37 tahun yang disyaki terlibat dalam siri kes mengelar kucing yang dilaporkan di Ang Mo Kio sejak April ditangkap pada Selasa (8 Jun), menurut Lembaga Taman Negara (NParks).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 37 tahun ditangkap berhubung siri kes aniaya kucing di Ang Mo Kio

Antara kucing-kucing yang ditemui pada Apr-Mei 2021 dengan kesan kelar pada tubuh di Ang Mo Kio. (Gambar ihsan: Ang Mo Kio South Caregivers and Feeders)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 08:38AM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 08:44AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang disyaki terlibat dalam siri kes mengelar kucing yang dilaporkan di Ang Mo Kio sejak April ditangkap pada Selasa (8 Jun), menurut Lembaga Taman Negara (NParks).

Lelaki itu ditangkap dalam operasi yang dilakukan oleh Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) NParks dengan sokongan polis pada pagi Selasa, kata Cik Jessica Kwok, pengarah kumpulan agensi itu bagi pendampingan haiwan dalam masyarakat.

Dia akan didakwa pada Rabu dengan kesalahan kekejaman ke atas haiwan, satu kesalahan di bawah Akta Haiwan dan Burung, kata Cik Kwok.

Kumpulan kebajikan haiwan SPCA memberitahu Mediacorp bulan lalu bahawa 10 ekor kucing dengan luka akibat dikelar, ditemui di Ang Mo Kio sejak seekor kucing yang cedera pertama kali ditemui pada hujung April.

Kejadian berlaku di sekitar beberapa blok HDB di Ang Mo Kio - 302, 316B, 335, 337, 343, dan 346.

Kes-kes itu dilaporkan kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat, menurut SPCA pada waktu itu.

"Menjaga kebajikan haiwan adalah tanggungjawab sosial bersama," kata Cik Kwok dari NParks pada Selasa.

Orang ramai boleh melaporkan kes kekejaman haiwan yang disyaki kepada AVS secara online atau talian Pusat Respons Haiwan di 1800 476 1600.

"Sepertimana semua siasatan, semua bentuk bukti sangat penting dalam prosesnya, dan bukti fotografi dan/atau video-grafik yang diserahkan oleh orang ramai akan membantu," kata Cik Kwok, sambil menambah bahawa maklumat yang dikongsi dengan AVS akan dirahsiakan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan