Images
  • gold bangles
    Gambar fail gelang emas: STR/AFP

Lelaki 36 tahun ditangkap berhubung penipuan emas palsu

SINGAPURA: Seorang lelaki yang berusia 36 tahun ditangkap kerana didakwa melakukan beberapa penipuan melibatkan emas palsu di pelbagai kedai pajak gadai, menurut polis dalam satu kenyataan semalam (10 Nov).

Polis menyatakan bahawa ia menerima aduan pada Rabu lalu (8 Nov) mengenai seorang individu yang memajakkan gelang emas yang dipercayai palsu.

“Siasatan lanjut mendedahkan bahawa beberapa kes yang serupa turut diadukan antara 1 November dengan 8 November di kedai pajak gadai lain,” demikian menurut polis.

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya pada Khamis (9 Nov) sedang dia cuba meninggalkan Singapura.

Siasatan awal menunjukkan bahawa dia terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kes penipuan.

Dia akan didakwa hari ini (11 Nov). Jika didapati bersalah, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.  

- CNA/SM/sm

Top