Images
  • ngee ann
    Kejadian kemalangan di Ngee Ann City pada 14 Jul 2019. 

Lelaki 35 tahun maut setelah terjatuh di Ngee Ann City

SINGAPURA: Seorang lelaki mati setelah terjatuh daripada tempat tinggi di pusat beli-belah Ngee Ann City pada Ahad petang (14 Jul). Kejadian itu meninggalkan kesan darah di lantai hadapan sebuah kedai di aras Besmen 2.

Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kes kematian luar biasa itu di 391 Orchard Road pada sekitar 2.00 petang di mana seorang lelaki ditemui terbujur kaku.

"Beliau tidak sedarkan diri apabila dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya," menurut polis.

Polis sedang menjalankan siasatan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga menyatakan ia dimaklumkan tentang kejadian itu pada kira-kira 2.00 petang di mana seorang lelaki sudahpun dikejarkan ke hospital.


Menulis di Twitter, salah seorang saksi berkata beliau terdengar suara seseorang menjerit apabila kejadian itu berlaku dan menyifatkannya sebagai satu "kemalangan ngeri".

Polis mengepung tempat kejadian di aras Besmen 2 serta kawasan di tingkat tiga bangunan tersebut. Bagaimanapun kepungan di tingkat 3 diturunkan 40 minit kemudian.  

- CNA/FZ/fz

Top