Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 34 tahun diberkas kerana muat naik gambar lucah di Instagram

Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas pada Jumaat (16 Ogos) kerana memuatnaikkan gambar-gambar lucah di Instagram.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 34 tahun diberkas kerana muat naik gambar lucah di Instagram

Pegawai polis memberkas seorang suspek di Singapura. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 03:42PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 03:44PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas pada Jumaat (16 Ogos) kerana memuatnaikkan gambar-gambar lucah di Instagram.

Menurut kenyataan polis, ia menerima beberapa aduan pada Khamis mengenai tiga catatan yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan.

Catatan tersebut merangkumi gambar-gambar lelaki itu "menghidu pakaian dalam wanita dan berkelakuan lucah di koridor sebuah blok HDB Choa Chu Kang".

Para pegawai Divisyen Polis Jurong mengenal pasti identiti lelaki itu setelah menjalankan siasatan susulan. Dia diberkas pada sekitar 4.30 petang, kurang lapan jam dari waktu aduan pertama dibuat.

Catatan tersebut sudahpun diturunkan dari Instagram dan lelaki berkenaan akan didakwa dengan tuduhan melakukan gangguan awam pada Sabtu. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga S$1,000.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan