Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 30 tahun ditahan kerana serang 2 Duta Jarak Selamat di Compass One

Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas polis kerana menggunakan kekerasan jenayah semata-mata untuk menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 30 tahun ditahan kerana serang 2 Duta Jarak Selamat di Compass One

Polis siasat kes lelaki menggunakan kekerasan jenayah terhadap duta jarak selamat di Compass One. (Gambar: Google Maps)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas polis kerana menggunakan kekerasan jenayah semata-mata untuk menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Insiden berlaku pada Jumaat (12 Jun) di pusat beli-belah Compass One, yang terletak di Sengkang, menurut Pasukan Polis Singapura dalam satu kenyataan media hari ini (14 Jun).

Siasatan awal mendapati, dua Duta Jarak Selamat sedang menasihati sekumpulan penghantar makanan supaya mengamalkan jarak selamat apabila suspek tiba-tiba memarahi salah seorang duta berkenaan lalu menolak mangsa.

Lelaki itu walhal bukan sebahagian daripada kumpulan penghantar makanan yang dinasihati duta-duta jarak selamat pada masa itu.

Suspek turut menyerang Duta Jarak Selamat satu lagi yang cuba campur tangan.

Siasatan masih dijalankan.

Suspek boleh dipenjara sehingga empat tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah sengaja menolak mangsa dan menghalangnya menjalankan kewajipan sebagai seorang penjawat awam.

Atas kesalahan menyerang seorang lagi Duta Jarak Selamat pula, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, dirotan atau gabungan mana-mana hukuman yang ditetapkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, polis juga mengingatkan orang ramai supaya mengambil serius langkah-langkah jarak selamat dan mematuhi arahan para pegawai penguat kuasa mahupun Duta Jarak Selamat.

"Mereka sedang menjalankan tugas untuk memastikan kita selamat. Ayuh kita mainkan peranan untuk mengekang penularan COVID-19."  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan