Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 23 tahun diberkas di Choa Chu Kang; wanita cedera dibawa ke NUH

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditangkap berhubung satu insiden yang berlaku di Choa Chu Kang pada petang Selasa (29 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 23 tahun diberkas di Choa Chu Kang; wanita cedera dibawa ke NUH

Petikan dari video kejadian.

Diterbitkan : 30 Sep 2020 07:52AM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 07:58AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditangkap berhubung satu insiden yang berlaku di Choa Chu Kang pada petang Selasa (29 Sep).

Rakaman video insiden berkenaan yang dimuat naik ke akaun Facebook kumpulan Complaint Singapore pada petang Selasa, menunjukkan seorang lelaki mengacukan objek sedang seorang lagi lelaki cuba menahannya dengan menggunakan cangkul.

Satu lagi video menunjukkan seorang wanita yang kelihatan berdarah pada bahagian mukanya.

Seorang pegawai polis yang tidak bertugas ketika itu dipercayai berada di sekitar tempat kejadian dan beliau membantu untuk meleraikan keadaan.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, pihak polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan mengenai kes yang menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan menggunakan senjata berbahaya di sekitar Blok 409 Choa Chu Kang Avenue 3.

Lelaki itu ditangkap lalu dibawa ke Hospital Ng Teng Fong.

Seorang wanita yang berusia 27 tahun dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan