Images
  • handcuff (2)
    (Gambar fail: TODAY) 

Lelaki 22 tahun ditahan dalam penipuan e-dagang, libatkan kredit Grab

SINGAPURA: Seorang lelaki 22 tahun ditangkap kerana didakwa terlibat dalam beberapa penipuan e-dagang, termasuk yang melibatkan kredit Grab.

Menurut satu kenyataan media polis hari ini (17 Apr) beberapa mangsa melaporkan mereka ditipu penjual yang menawarkan kredit Grab dengan harga diskaun di wadah online Carousell.

Selepas mangsa membuat bayaran melalui pemindahan bank, mereka tidak menerima kredit Grab, tambah kenyataan polis itu.

Suspek dipercayai terlibat dalam lima kes sedemikian, dengan mangsa ditipu sebanyak S$4,280.

Lelaki yang ditangkap di New Bridge Road pada hari Selasa (16 Apr), akan dihadapkan di mahkamah pada hari Khamis.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

- CNA/SU/na

Top