Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 22 tahun dijumpai mati di bangunan The Hive di NTU

Seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui mati di tingkat bawah bangunan The Hive, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada pagi Isnin (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 22 tahun dijumpai mati di bangunan The Hive di NTU

Bangunan The Hive di NTU. (Gambar: Nanyang Technological University)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 12:20PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 12:22PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui mati di tingkat bawah bangunan The Hive, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada pagi Isnin (21 Jan).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kes kematian luar biasa di 52 Nanyang Avenue, tempat bangunan The Hive pada jam 6.48 pagi.

Polis menyatakan lelaki itu dijumpai "terlantar dan tidak bergerak" di bawah bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh para anggota paramedik di tempat kejadian sambil menambah bahawa siasatan masih lagi dijalankan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga mengesahkan bahawa pihaknya memberi respon kepada satu "insiden perubatan" di tempat kejadian tersebut pada sekitar jam 7.00 pagi.

Mediacorp sudah menghubungi NTU untuk mendapatkan komen berkenaan insiden itu.

Menurut lelaman NTU, The Hive adalah sebuah ruang khas di kampus NTU untuk para pelajar berinteraksi dan meluaskan rangkaian hubungan di luar sekitaran bilik darjah yang formal. Ia juga menempatkan perniagaan-perniagaan sosial yang dikendalikan oleh para pelajar serta ruang-ruang serba guna.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan