Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 21 tahun didakwa kelar wajah lelaki dengan pisau

Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa hari ini (9 Okt) kerana mengelar muka seorang lelaki menggunakan pisau di Orchid Hotel, meninggalkan parut pada wajahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 21 tahun didakwa kelar wajah lelaki dengan pisau

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 02:11PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 02:12PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun didakwa hari ini (9 Okt) kerana mengelar muka seorang lelaki menggunakan pisau di Orchid Hotel, meninggalkan parut pada wajahnya.

Menurut kertas tuduhan, mangsa mengalami "kecacatan kekal pada wajahnya" sepanjang lima sentimeter selepas kejadian itu.

Pada 3 Oktober, Wong Kian Hong didakwa mengelar bahagian kiri wajah Encik Poh Say Hong pada sekitar pukul 4 petang di Orchid Hotel.

Menurut polis, Wong melarikan diri daripada tempat kejadian tetapi diberkas di Orchard Road lima hari kemudian.

Encik Poh, 31 tahun dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Jika didapati bersalah, Wong boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan didenda atau disebat kerana secara sengaja menyebabkan kecederaan teruk menggunakan senjata berbahaya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan