Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 20 tahun mengaku adakan hubungan seks dengan 3 pelajar sekolah menengah

Seorang lelaki berusia 20 tahun mengadakan hubungan seks bawah umur dengan tiga pelajar sekolah menengah berusia 13 dan 14 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 20 tahun mengaku adakan hubungan seks dengan 3 pelajar sekolah menengah

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 16 Nov 2021 12:03AM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 12:06AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun mengadakan hubungan seks bawah umur dengan tiga pelajar sekolah menengah berusia 13 dan 14 tahun. Dia berkawan dengan dua daripada pelajar itu di Instagram manakala yang ketiga, sewaktu di pusat beli-belah ketika remaja itu melarikan diri daripada sebuah rumah tumpangan kanak-kanak.

Tertuduh mengaku bersalah pada Isnin (15 Nov) atas empat tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang budak bawah umur. Lagi 15 tuduhan termasuk mencuri patung daripada permainan 'claw machine' dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu lelaki itu, yang bekerja sebagai seorang jurujual, bertemu mangsa pertama di sebuah pusat beli-belah pada November 2019. Mangsa berusia 14 tahun dan sedang merayau-rayau di pusat beli-belah itu selepas melarikan diri daripada sebuah rumah tumpangan kanak-kanak.

Tertuduh, berumur 18 tahun ketika itu, mula menjalinkan hubungan dengan mangsa pertama dan mereka melakukan hubungan seks.

Dia membawa remaja perempuan itu ke flat kawannya pada bulan yang sama di mana mereka mengadakan hubungan seksual.

Pada masa yang sama, dia berkawan dengan mangsa kedua, yang berusia 13 tahun, di Instagram. Mereka berjumpa buat kali pertama pada November 2019 di sebuah taman permainan berdekatan rumah budak itu. Dokumen mahkamah menunjukkan mereka saling bercumbuan dan berpelukan. Mereka kemudian pergi ke sebuah tempat meletak kereta untuk lebih banyak privasi.

Tertuduh mengadakan hubungan seks ke atas mangsa itu di sebuah tempat meletak kereta bertingkat yang berhampiran dan mengulangi tindakan sama semasa pertemuan kedua mereka pada 11 Januari 2020.

Pada 24 Januari 2020, tertuduh berkawan dengan mangsa ketiga, berusia 14 tahun, juga di Intagram. Dia mencadangkan supaya mereka menjalinkan hubungan "friends with benefit", iaitu sebagai rakan yang melakukan hubungan intim, dengan budak perempuan itu.

"Disebabkan rasa curiga tentang seks, mangsa ketiga bersetuju dengan cadangan tertuduh itu," kata pendakwa.

Pasangan itu berjumpa di sebuah hotel di Geylang pada Februari 2020 di mana mereka mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan.

Kesalahan-kesalahan itu dibangkitkan oleh kesemua tiga mangsa berkenaan. Mangsa pertama memberitahu seorang pegawai bimbingan remaja sewaktu dia tinggal di rumah tumpangan kanak-kanak itu, dengan mengatakan dia mengadakan hubungan seks bersama tertuduh. Pegawai tersebut membuat aduan polis pada Oktober 2020.

Mangsa kedua memberitahu seorang guru pada 15 Januari 2020 selepas dia mengadakan hubungan seks dengan tertuduh selepas guru itu perasan dia "berkelakuan lain daripada biasa" dan bercakap dengannya.

Mangsa ketiga membuat aduan polis atas kehendak sendiri pada 26 Ogos 2020. Dia berkata dia sudah mengadakan hubungan seks dengan tertuduh.

Pendakwa meminta satu laporan untuk menilai kesesuaian tertuduh bagi menjalani latihan pemulihan. Beliau menarik perhatian bahawa tertuduh berusia bawah 21 tahun tetapi dia juga sudah melakukan pelbagai jenayah berkaitan harta benda, yang dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman, dengan tiada pemulangan harta benda dilakukan.

Peguam bela S S Dhillon juga meminta laporan yang sama dilakukan dengan menarik perhatian bahawa anak guamnya tidak mempunyai sabitan lalu dan bahawa dia sudah direman selama 14 bulan.

Semua pihak akan kembali dihadapkan ke mahkamah bagi sebutan hukuman pada Disember.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan