Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 20 tahun maut setelah PMD terbakar dalam lif di Woodlands

Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia setelah mengalami kelecuran dan luka kebakaran apabila sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) terbakar dalam sebuah lif di blok perumahan Woodlands pada Khamis malam (3 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2021 02:12PM Dikemas Kini : 04 Jun 2021 10:08PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia setelah mengalami kelecuran dan luka kebakaran apabila sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) terbakar dalam sebuah lif di blok perumahan Woodlands pada Khamis malam (3 Jun).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberi respons kepada kebakaran yang tercetus di tingkat dua Blok 537 Woodlands Drive 16 pada pukul 11.25 malam pada Khamis.

Kebakaran itu melibatkan sebuah alat PMD dalam lif, menurut SCDF dalam catatan Facebooknya pada Jumaat (4 Jun). Ia dipadamkan oleh orang awam menggunakan beberapa baldi air sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.

Lelaki itu dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital di mana beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, menurut SPF.

Sekitar 90 penghuni blok berkenaan dipindahkan oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Siasatan awal ke atas punca kebakaran itu mendapati ia disebabkan oleh "punca elektrik" dari sebuah PMD, menurut SCDF.

SCDF mengingatkan orang ramai bahawa PMD yang tidak mematuhi piawai UL2272 dan sebarang pengubahsuaian pada PMD boleh menimbulkan risiko berlaku kebakaran dan mengancam keselamatan orang awam.

"Para pemilik alat-alat berkenaan sangat digalakkan supaya membuang alat-alat itu di tempat pengitaran semula yang disediakan," menurut SCDF.

Ia boleh dilakukan di mana-mana tempat pengumpulan KGS sehingga 30 Jun tanpa sebarang bayaran dikenakan, dedah SCDF.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan