Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Suet Fern lepaskan jawatan rakan pengurusan dalam firma guamannya

Cik Lee Suet Fern melepaskan jawatan beliau sebagai rakan pengurusan Morgan Lewis Stamford. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Suet Fern lepaskan jawatan rakan pengurusan dalam firma guamannya

Lee Suet Fern adalah isteri kepada Lee Hsien Yang, adik bongsu Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Morgan Lewis)

Diterbitkan : 17 Jun 2017 03:17PM Dikemas Kini : 17 Jun 2017 03:18PM

SINGAPURA: Cik Lee Suet Fern melepaskan jawatan beliau sebagai rakan pengurusan Morgan Lewis Stamford.

Demikian disahkan syarikat guaman itu semalam (16 Jun).

Mediacorp difahamkan bahawa Cik Lee melepaskan jawatan beliau sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang Encik Ng Joo Khin, menggantikan beliau.

Cik Lee akan terus kekal sebagai ketua pasukan kepimpinan antarabangsa syarikat itu.

Seorang jurucakap memberitahu Mediacorp bahawa Morgan Lewis "tidak menjangkakan sebarang perubahan fizikal pada pasukan Singapura atau amalan kami".

Cik Lee menjadi tumpuan baru-baru ini atas perselisihan antara suami beliau, Encik Lee Hsien Yang dan abang Encik Lee, Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam Akuan Berkanun PM Lee kepada jawatankuasa menteri yang ditubuhkan bagi menimbangkan pilihan buat rumah ayahnya mendiang Encik Lee Kuan Yew, PM Lee berkata Cik Lee Suet Fern "secara sukarela menawarkan dirinya semasa pembacaan wasiat terakhir pada 12 April 2015, di mana mendiang Encik Lee meminta beliau untuk membuat wasiat itu.

Bagaimanapun, Cik Lee tidak mahu terlibat secara peribadi maka beliau mendapatkan Encik Ng Joo Khin daripada syarikat guamannya, Stamford Law, untuk mengendalikan perkara itu.

Stamford Law, yang diasaskan Cik Lee, dikenali sebagai Morgan Lewis Stamford selepas ia bergabung dengan Morgan Lewis & Bockius pada tahun 2005.

Encik Lee Hsien Yang, bagaimanapun, memberitahu Mediacorp bahawa satu perenggan dalam wasiat terakhir berkaitan hasrat mendiang Encik Lee untuk merobohkan rumahnya di Oxley Road dimasukkan ke dalam wasiat tersebut atas arahan bapanya, dan hanya "dibantu" Cik Lee.

Mediacorp sudah menghubungi Cik Lee untuk mendapatkan komen beliau di sebalik keputusan untuk melepaskan jawatan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan