Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Hsien Yang derma wang kepada penulis blog kes saman fitnah

Encik Lee Hsien Yang, adik lelaki Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengesahkan bahawa beliau mendermakan wang kepada penulis blog Leong Sze Hian, yang kini berdepan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Hsien Yang derma wang kepada penulis blog kes saman fitnah

(Gambar fail: TODAY, Facebook)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 04:11PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 04:15PM

SINGAPURA: Encik Lee Hsien Yang, adik lelaki Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengesahkan bahawa beliau mendermakan wang kepada penulis blog Leong Sze Hian, yang kini berdepan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Encik Lee Hsien Yang berkata beliau memberikan Encik Leong "jumlah yang bermakna".

Apabila ditanya tentang jumlah yang didermakan, beliau menjawab: "Ia bukan S$1."

Apabila ditanya mengapa beliau menderma kepada kos guaman Encik Leong, Encik Lee (Hsien Yang) menjawab: "Pastinya ia tidak memerlukan sebarang penjelasan?"

Anak lelaki beliau, Encik Li Sheng Wu, sedang menghadapi tindakan guaman Pejabat Peguam Negara (AGC) kerana menghina mahkamah menerusi satu catatan privet di Facebook pada 15 Julai tahun lalu.

Dalam catatan yang didakwa Encik Li hanya dikongsi bersama rakan-rakannya, beliau menulis bahawa Pemerintah Singapura "cenderung mengambil tindakan guaman" dan memiliki "sistem kehakiman yang mudah dipengaruhi".

Komen-komen yang ditulisnya mengiringi rencana Wall Street Journal yang dikongsi berhubung pertikaian antara bapanya, makciknya Lee Wei Ling dan PM Lee berhubung rumah Oxley Road milik Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Pada awal minggu ini, Encik Leong melancarkan kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk mengumpul dana bagi membiayai kos guamannya. Beliau memberitahu laman sosiopolitik The Online Citizen bahawa beliau berharap 10,000 orang akan menderma S$1 setiap seorang.

Pada Rabu (26 Dis), Encik Leong memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap PM Lee, sambil mendakwa bahawa tindakan guaman tersebut "menyalahgunakan proses kehakiman".

Sidang sebelum perbicaraan dijadualkan pada 7 Januari.

Encik Leong diwakili peguam dan anggota parti pembangkang Lim Tean dari Carson Law Chambers, manakala PM Lee diwakili para peguam dari Drew and Napier.

Encik Lee memfailkan saman fitnah pada 12 November selepas Encik Leong mengongsi rencana yang mendakwa bahawa PM Lee membantu mantan perdana menteri Malaysia Najib Razak untuk melaburkan wang haram daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataannya, para peguam PM Lee menyatakan bahawa catatan awam Encik Leong dan rencana yang dikongsi "mengandungi dakwaan yang berunsur fitnah terhadap anak guam kami".

Dalam pembelaannya, Encik Leong menegaskan bahawa catatan tersebut masih di laman Facebooknya selama tempoh kurang daripada tiga hari kerana beliau memadamkannya selepas mendapat arahan daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Dalam tuntutan balasnya, Encik Leong berhujah bahawa saman fitnah itu "bukan salah laku yang nyata dan yang boleh dikenakan tindakan" kerana dakwaan-dakwaan palsu terhadap PM Lee sudah dimuat naik ke domain awam dan catatan Facebooknya tidak begitu mendapat perhatian ramai.

Sumber : Today/TQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan