Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Bee Wah 'tidak menentang' beri makan secara bertanggungjawab kepada kucing: Shanmugam

Anggota Parlimen (AP) Lee Bee Wah tidak menentang memberi makan kepada kucing secara teratur dan terpantau, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Sabtu (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Bee Wah 'tidak menentang' beri makan secara bertanggungjawab kepada kucing: Shanmugam

Menteri K Shanmugam dan seekor kucing (Gambar: Facebook/K Shanmugam)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 07:16PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 07:21PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Lee Bee Wah tidak menentang memberi makan kepada kucing secara teratur dan terpantau, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Sabtu (16 Feb).

“Beliau hanya minta amalan itu dikaji semula di mana terdapat masalah tertentu," kata Encik Shanmugam dalam satu catatan Facebook menyentuh tentang kritikan yang diterima Cik Lee berhubung ucapannya di Parlimen minggu ini. Dalam ucapan tersebut, Cik Lee menyentuh tentang pengurusan haiwan di estet perumahan HDB.

Encik Shanmugam berkata bahawa Cik Lee, yang juga AP GRC Nee Soon, menjadi mangsa salah guna "kebebasan bersuara" oleh akaun avatar dan penghasut, manakala mereka yang benar-benar memberi komen kelihatan salah faham tentang maksud AP itu.

"Mereka perlu mendengar dengan teliti ucapan beliau, dalam konteks isu-isu yang dihadapi para penduduk," tulis Encik Shanmugam.

Semasa memberi ucapan menyokong Pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Taman Negara pada Selasa, Cik Lee mengetengahkan masalah yang "disebabkan sebilangan penduduk yang memberi makan kepada kucing", sambil berkata penduduk di sesetengah kawasan membuat aduan tentang masalah tikus. Kenyataan beliau itu dikritik kumpulan kebajikan haiwan Cat Welfare Society (CWS).

Encik Shanmugam berkata beliau sedar tentang masalah yang dihadapi para penduduk berkenaan masalah kebersihan akibat memberi makan secara tidak bertanggungjawab. Beliau turut akur tentang masalah yang dihadapi kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan termasuk CWS.

Encik Shanmugam berkongsi bahawa beliau melibatkan CWS dalam projek di Nee Soon beberapa tahun lalu. Beliau juga mendapatkan pendanaan bersama dari Pemerintah dan kumpulan akar umbi, serta menggembleng agensi-agensi dan Majlis Bandaran untuk menyokong projek CWS dan memberi makan kepada kucing secara bertanggunjawab di kawasan itu.

"Pada masa yang sama, saya tahu tentang isu yang dihadapi penduduk, terutamanya apabila kerja baik yang kami lakukan tercemar akibat pemberi makan yang tidak bertanggungjawab ... Tingkah laku mereka yang menyebabkan masalah kebersihan bagi para penduduk - adanya tikus, lipas dan bermacam lagi," kata beliau. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan