Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih separuh belia Melayu/Islam ditinjau kurang yakin prospek pekerjaan mereka - laporan RIMA

Lebih separuh daripada 29 belia Melayu/Islam Singapura yang ditinjau meluahkan bahawa mereka bersikap pesimistik terhadap prospek pekerjaan mereka, menurut Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Islam dan Melayu (RIMA), pada Isnin (3 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih separuh daripada 29 belia Melayu/Islam Singapura yang ditinjau meluahkan bahawa mereka bersikap pesimistik terhadap prospek pekerjaan mereka, menurut Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Islam dan Melayu (RIMA), pada Isnin (3 Ogos).

Para responden yang terlibat dalam tinjauan tersebut berusia 18 hingga 35 tahun, datang daripada pelbagai latar belakang akademik dan, bekerja dalam pekerjaan yang berbeza.

Mereka meluahkan keprihatinan mereka itu semasa perbincangan kelompok sasaran dan sesi wawancara terperinci yang dijalankan oleh RIMA dari Jun 2017 hingga Disember 2019.

Sikap tersebut diluahkan meskipun mereka mengakui terdapat peluang pekerjaan yang lebih luas bagi generasi mereka.

CABARAN DAPAT PEKERJAAN

Para responden berpendapat bahawa cabaran paling besar mereka menghadapi dalam mendapatkan pekerjaan, adalah saingan dengan rakan-rakan sebaya mereka yang berkemahiran dan berkebolehan setaraf dengan mereka.

Selain itu, para responden turut meluahkan rasa bimbang kerana pendidikan mereka tidak relevan dengan jawatan yang sedia ada di pasaran pekerjaan, sekali gus berasa khuatir mencari pekerjaan yang baik.

Sebagai contoh, meskipun mereka sudah berjaya mendapatkan pekerjaan, ianya barangkali bergaji rendah dan keadaan pekerjaan yang kurang baik.

Ini termasuk bebanan kerja yang berat, waktu kerja yang panjang, tidak mempunyai sebarang peluang atau peluang yang tipis untuk dinaikkan pangkat, dan tidak menerima faedah yang mencukupi.

TAHAP PENDIDIKAN & SIKAP KEKALKAN PEKERJAAN

Berdasarkan tinjauan oleh RIMA lagi, terdapat sikap yang berbeza ditonjolkan antara mereka yang berkelulusan Nitec Lanjutan di ITE dengan golongan yang memegang sekurang-kurangnya sijil diploma terhadap mengekalkan diri dalam sesuatu pekerjaan.

Dalam kenyataan medianya, RIMA menyatakan bahawa responden yang berkelulusan Nitec Lanjutan ke bawah mengatakan bahawa mereka akan terus ‘bertahan’ dan tidak akan melepaskan jawatan apabila mereka menghadapi keadaan pekerjaan yang susah atau beban kerja yang berat.

Menurut golongan itu, mereka berpendapat bahawa mereka akan meraih manfaat pada masa hadapan berkat usaha, ketabahan dan pengalaman yang mereka lalui. Bagi golongan yang lainnya pula, mereka mengatakan bahawa mereka lebih rela menganggur daripada menerima pekerjaan yang “tidak diingini.

Tinjauan itu juga mendapati para responden menyaksikan sikap diskriminasi oleh para majikan, rakan kerja ataupun klien.

Bahkan, ramai di antara mereka juga turut mengatakan pernah dilayan dengan cara kurang menyenangkan daripada rakan kerja, klien dan pelanggan Melayu yang berpangkat lebih tinggi daripada mereka.

Para responden melahirkan harapan bagi sokongan lebih tinggi daripada badan-badan Melayu/Islam dari segi kaunseling dan bimbingan pekerjaan, khidmat pemadanan pekerjaan dan nasihat untuk menentang kelakuan diskriminasi, antara lain. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan