Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih S$1 bilion bakal dibelanjakan bagi projek peningkatan beberapa tahun akan datang

Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan membelanjakan $1 bilion bagi projek-projek peningkatan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2019 08:35PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 09:34PM

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Negara (MND) akan membelanjakan $1 bilion bagi projek-projek peningkatan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Projek-projek peningkatan itu diumumkan Menteri Pembangunan Negara (MND), Lawrence Wong dalam  acara terbaru dalam siri ucapan oleh para pemimpin Generasi 4 dalam pergerakan Membangun Singapura Bersama-sama.

Pergerakan itu menggunakan pendekatan yang lebih melibatkan rakyat dalam melakar dasar-dasar.

Encik Wong berkata Singapura adalah hasil perkongsian dengan setiap orang memberikan sumbangannya.

Salah satu projek peningkatan yang akan dijalankan melibatkan 55,000 flat berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Mulai tahun depan, flat-flat yang dibina antara tahun 1987 hingga 1997 itu akan menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).

Program HIP menangani isu-isu berkaitan penyenggaraan bagi flat-flat yang sudah agak usang.

Sebelum ini, program HIP hanya melibatkan flat-flat yang dibina sehingga tahun 1986 tetapi ia diluaskan tahun lalu. 

Sumber : CNA/MU/AQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan