Images
  • rlaf volunteer elderly
    Seorang sukarelawan RLAF mengajar warga emas asas kemahiran digital (Gambar: RLAF) 

Lebih ramai penduduk S'pura menderma, lakukan kerja sukarela waktu pandemik

SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura memberi sumbangan derma dan melakukan kerja sukarela secara online semasa pandemik COVID-19.

Jumlahnya bertambah dua angka berbanding tempoh sebelum pandemik itu melanda.

Data itu berdasarkan hasil Tinjauan Pemberian Individu, yang melibatkan sekitar 2,000 orang.

Menurut Pusat Sukarelawan dan Filantropi Kebangsaan (NVPC), jumlah orang yang mendaftar untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan secara online meningkat 29 peratus semasa pandemik COVID-19 berbanding 2018.

Jumlah sumbangan derma online pula naik 37 peratus.

Sebahagiannya disebabkan oleh langkah-langkah yang dilaksanakan bagi membendung COVID-19.

Tinjauan Pemberian Individu juga mendapati ramai orang menjadi sukarelawan dengan sektor khidmat sosial sepanjang tahun lalu.

Jumlahnya naik lapan peratus berbanding 2018.

Sebaliknya jumlah sokongan yang diberikan kepada sektor pendidikan dan keagamaan masing-masing merosot 17 peratus dan 15 peratus. 

- CNA/AI/sm

Top