Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai penduduk S’pura boleh masuk ke Sentosa secara percuma mulai Isnin depan

Lebih ramai penduduk Singapura akan dapat masuk ke Sentosa secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai penduduk S’pura boleh masuk ke Sentosa secara percuma mulai Isnin depan

Sekitaran Sentosa. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 01:31PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 01:35PM

SINGAPURA: Lebih ramai penduduk Singapura akan dapat masuk ke Sentosa secara percuma.

Para pengayuh basikal, pengguna Alat Mobiliti Peribadi (PMD) dan pemegang kad konsesi kanak-kanak TransitLink akan dapat masuk ke pulau itu tanpa dikenakan sebarang bayaran mulai Isnin (1 Okt), menurut Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (28 Sep).

Menurut SDC, perubahan itu adalah sebahagian daripada "komitmennya untuk menggalak Singapura yang kurang bergantung kepada kereta" dengan membenarkan para pengguna basikal dan PMD masuk percuma.

Mulai Isnin (1 Oktober), tambang TransitLink Sentosa Express akan dikurangkan sebanyak separuh kepada S$2 setiap seorang untuk warga tua, orang kurang upaya, pemegang kad konsesi pengangkutan dan pemegang kad konsesi bagi pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan ITE.

Kumpulan masyarakat dan sekolah yang masuk ke Sentosa melalui bas yang disewa pada hari-hari biasa (tidak termasuk cuti umum) juga tidak akan dikenakan bayaran mulai 1 Oktober.

Untuk masuk percuma, rombongan masyarakat dan sekolah mestilah di bawah Persatuan Rakyat, Majlis Pembangunan Masyarakat, atau dari prasekolah, sekolah pemerintah dan sekolah yang dibiayai pemerintah.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan