Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pemilik flat Holland-Bukit Panjang boleh pilih sumber tenaga bersih

Lebih ramai pemilik flat di kawasan Holland-Bukit Panjang bakal diberi pilihan mendapatkan bekalan elektrik daripada sumber tenaga bersih. Ini termasuk penggunaan panel suria menjelang tahun 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai pemilik flat Holland-Bukit Panjang boleh pilih sumber tenaga bersih

Gambar fail panel suria. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 06:45PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 06:50PM

SINGAPURA: Lebih ramai pemilik flat di kawasan Holland-Bukit Panjang bakal diberi pilihan mendapatkan bekalan elektrik daripada sumber tenaga bersih.

Ini termasuk penggunaan panel suria menjelang tahun 2030.

Usaha ke arah kemampanan itu dikongsi Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang (HBPTC) dalam laporannya yang terbaru.

260 flat di kawasan tersebut kini boleh memilih bekalan elektrik lebih bersih menerusi pasaran terbuka.

151 lagi flat boleh berbuat sedemikian mulai Januari depan.

Kesemuanya, lebih 48,000 unit flat dijangka boleh mendapatkan bekalan tenaga lebih bersih menjelang tahun 2030.

Dalam tempoh yang sama, HBPTC mahu memasang panel-panel suria untuk kebanyakan rumah.

Usaha-usaha lain ke arah kemampanan di kawasan itu termasuk memasang sistem pencahayaan bijak, lif cekap tenaga serta mengurangkan pembaziran air semasa mencuci tempat-tempat awam di kawasan perumahan itu. 

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan