Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pelajar diambil sekolah berdasarkan bakat selain akademik

Sekolah-sekolah semakin mengambil lebih ramai pelajar berdasarkan bakat dalam bidang-bidang selain akademik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2017 09:51PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:55PM

SINGAPURA: Sekolah-sekolah semakin mengambil lebih ramai pelajar berdasarkan bakat dalam bidang-bidang selain akademik.

Ini sedang Kementerian Pendidikan meningkatkan had bagi penerimaan masuk berdasarkan bakat.

Pakar-pakar pendidikan berkata walaupun pelajar seperti ini cenderung menjadi cemerlang, mereka juga akur ada cabaran dalam menilai para calon.

Universiti Nasional Singapura (NUS) menimbangkan lebih daripada prestasi akademik, untuk mengambil masuk hampir 15 peratus mahasiswa, jumlah maksimum yang dibenarkan menerusi skim pengambilan masuk berdasarkan pertimbangan budi bicara, tahun ini.

Sealiran dengan langkah lebih luas untuk mengiktiraf bakat dan minat berbeza, had yang ditetapkan bagi pihak universiti mengambil pelajar berdasarkan bakat melepasi prestasi akademik - dinaikkan tahun ini.

KADAR BERHENTI SEKOLAH DIKIRA "TIDAK PENTING"

Ia juga akan dinaikkan bagi politeknik tahun depan, daripada 12.5 peratus kepada 15 peratus.

Namun ada politeknik yang menyatakan ia akan mengambil masuk kesemua pelajar menerusi jalur sebegini, andai boleh.

Menurut beberapa sekolah, selain lebih cemerlang dalam peperiksaan, kadar berhenti sekolah di kalangan pelajar sebegini juga dikira "tidak penting".

Ini berbanding pelajar yang masuk berdasarkan keputusan peperiksaan.

Bagi Politeknik Ngee Ann, ia kurang 0.5 peratus daripada keseluruhan kohort.

LEBIH SUKAR UNTUK NILAI CALON

Namun pendekatan kemasukan seperti ini ada cabarannya tersendiri - memandangkan ia lebih sukar untuk menilai para calon berdasarkan ukuran selain daripada keputusan peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pendidikan, Cik Denise Phua menukil Pengambilan Masuk Langsung Sekolah atau skim DSA bagi sekolah-sekolah menengah dan maktab rendah sebagai contoh.

Menurut Cik Phua, langkah berganjak daripada penilaian kepada hanya pencapaian akademik merupakan arah yang betul.

Beliau juga berharap ia boleh diperhalusi, contohnya meniadakan ujian-ujian penting seperti Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). 

Sumber : CNA/RL/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan