Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai mahasiswa pilih program latihan sambil belajar di luar negara

Lapan daripada 10 mahasiswa NTU sudah mengikuti sekurang-kurangnya satu program latihan di luar negara semasa pengajian mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai mahasiswa pilih program latihan sambil belajar di luar negara

(Gambar: Stephanie Lam)

Diterbitkan : 04 Jul 2018 03:25PM Dikemas Kini : 04 Jul 2018 03:30PM

SINGAPURA: Lebih ramai mahasiswa di Singapura memilih untuk melakukan latihan amali di luar negara untuk mengembangkan portfolio masing-masing, memandangkan pasaran pekerjaan yang semakin sengit.

Lapan daripada 10 mahasiswa NTU sudah mengikuti sekurang-kurangnya satu program latihan di luar negara semasa pengajian mereka.

Sebilangan kecil pula menerima tawaran kerja dari syarikat-syarikat luar negara di mana mereka menjalani latihan manakala yang lainnya dari syarikat-syarikat di Singapura.

Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), mengikuti hampir 490 program latihan sambil belajar di lebih 40 negara antara Ogos 2016 dan Julai 2017.

Jumlah latihan amali luar negara yang diikuti para mahasiswa NUS juga meningkat 22 peratus dari tahun ke tahun sepanjang tiga tahun akademik lalu.

Naib Provos Kanan (Pengajian Mahasiswa) NUS Profesor Bernard Tan, berkata ini disebabkan oleh minat lebih tinggi dalam kalangan pelajar untuk meraih pendedahan global serta usaha-usaha universiti untuk memperluaskan peluang latihan amali di luar negara.

Sementara itu, Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sudah mewajibkan semua pelajarnya untuk menjalani program pendedahan di luar negara sebelum mereka dapat ijazah masing-masing, bermula bulan depan. Syarat itu boleh dalam bentuk program pertukaran dan latihan sambil belajar.

Sejak lima tahun lalu, sekitar 150 hingga 250 pelajar SMU menjalani latihan amali luar negara, setiap tahun.

Dekan bersekutu di Sekolah Perniagaan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Professor Guido Gianasso, berkata para majikan lebih tertarik kepada mahasiswa yang mempunyai pengalaman amali di luar negara.

Profesor Guido menambah, para majikan melihatnya sebayak satu petunjuk potensi kepimpinan para pelajar tersebut.

PASARAN BARU MUNCUL

Universiti-universiti juga sudah memperluaskan program luar negara di Asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan tinggi negara-negara berkenaan.

Profesor Guido berkata Vietnam dan Kemboja amat berminat untuk menarik karyawan muda muda dari sektor kewangan yang mahir dalam dwibahasa, kerana mereka boleh berurusan dengan pelabur China.

Di NUS, satu pertiga daripada latihan amali di luar negara pada tahun akademik lalu dijalankan di Asia Tenggara, manakala sepertiga lagi di Asia Timur.

Tinjauan tahunan ke atas graduan NUS, NTU dan SMU mendapati 78.4 peratus pelajar mendapat pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian tahun lalu.

Ia turun sedikit daripada 79.9 peratus yang dicatatkan pada 2016. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan