Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai ibu bapa hantar anak jalani pemeriksaan kesihatan mental

Lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka bagi pemeriksaan kesihatan mental, dengan para pakar psikologi berkata jumlah itu naik sehingga 30 peratus pada bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai ibu bapa hantar anak jalani pemeriksaan kesihatan mental

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 18 Aug 2021 06:04PM Dikemas Kini : 18 Aug 2021 06:12PM

SINGAPURA: Lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka bagi pemeriksaan kesihatan mental, dengan para pakar psikologi berkata jumlah itu naik sehingga 30 peratus pada bulan lalu.

Beberapa ibu bapa juga sedang mempertimbangkan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sama sekali.

Ini menyusuli insiden melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley yang didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh rakan sekolahnya.

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), kadar kehadiran di sekolah kekal stabil buat masa ini.

Namun begitu, ada segelintir ibu bapa sedang mempertimbangkan pilihan persekolahan di rumah sepenuhnya bagi anak mereka.

Ini disebabkan tekanan dihadapi anak mereka serta kesan insiden Sekolah Tinggi River Valley baru-baru ini.

Pakar psikologi Dr Shawn Ee memberitahu Mediacorp bahawa jumlah kliennya naik 50 peratus susuli kejadian sekolah River Valley itu. Malah 20 peratus lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka berjumpa beliau.

Seorang lagi pakar psikologi, Dr Adrian Lim, juga berkongsi bahawa beliau menyaksikan peningkatan 30 peratus ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan mental mereka pada bulan lalu.

Beliau menyifatkan kenaikan itu disebabkan lebih kesedaran mengenai kesihatan mental.

Bagaimanapun Dr Lim mendapati kebanyakan ibu bapa meninggalkan anak mereka bersendirian bersamanya untuk meleraikan sebarang masalah yang dihadapi.

Walhal mereka sepatutnya duduk bersama anak-anak mereka menghadiri sesi-sesi tersebut.

Kedua-dua pakar menegaskan, komunikasi antara anak dengan ibu bapa perlu diadakan supaya kanak-kanak dapat berkongsi masalah mereka.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan