Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai belia jadi sasaran kerja haram tailong sewaktu cuti sekolah

Pihak tailong kini menyasarkan golongan belia untuk menjalankan kerja haram mereka semasa cuti sekolah akhir tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai belia jadi sasaran kerja haram tailong sewaktu cuti sekolah

Kebanyakan belia terjebak dalam kegiatan tailong itu kerana didorong oleh tawaran ganjaran wang yang lumayan.

Diterbitkan : 17 Feb 2019 08:24PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 08:28PM

SINGAPURA: Pihak tailong kini menyasarkan golongan belia untuk menjalankan kerja haram mereka semasa cuti sekolah akhir tahun.

Tahun lalu, lebih 20 peratus daripada belia yang diberkas atas kesalahan itu, ditangkap pada bulan Disember.

Pada Disember lalu, 11 orang belia ditangkap kerana menjadi pembantu tailong. Ini berbanding empat kes pada Disember 2017 dan satu kes pada Disember 2016.

Kebanyakan belia terjebak dalam kegiatan tailong itu kerana didorong oleh tawaran ganjaran wang yang lumayan.

Menurut polis, ramai yang terjebak berusia antara 15 hingga 19 tahun.

Polis menggesa ibu bapa supaya memantau anak-anak mereka bagi mengesan tanda-tanda pengaruh yang buruk, seperti berbelanja melebihi kemampuan.

Menurut polis lagi, pihak tailong lazimnya meletakkan iklan-iklan pekerjaan dalam talian bagi memancing mangsa mereka.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan