Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai akan terdorong beli flat jualan semula dengan geran baru HDB, kata pengamat

Para pengamat hartanah menyatakan, para pembeli kali pertama kini mungkin lebih terdorong untuk membeli flat dalam pasaran jualan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai akan terdorong beli flat jualan semula dengan geran baru HDB, kata pengamat

Gambar fail blok HDB.

SINGAPURA: Para pengamat hartanah berkata, para pembeli kali pertama kini mungkin lebih terdorong untuk membeli flat dalam pasaran jualan semula.

Dengan geran lebih tinggi yang diumumkan pemerintah, pasangan muda juga mungkin lebih tertarik untuk berbuat demikian kerana faktor lokasi berhampiran rumah orang tua mereka serta masa menunggu yang lebih singkat.

Di bawah Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan (EHG) yang diumumkan semalam (10 Sep), para pembeli tidak dikenakan sekatan terhadap jenis flat atau lokasinya dan geran itu boleh digunakan untuk membeli flat baru atau jualan semula.

Untuk layak mendapatkan EHG, had pendapatan kini juga dinaikkan hingga S$9,000, iaitu lebih tinggi daripada skim-skim sebelum ini.

Pengasas syarikat perunding hartanah Khalil Adis Consulting, Encik Khalil Adis, berkata: "Ini kerana dengan Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan, si pembeli yang ingin membeli rumah berdekatan dengan ibu bapa mereka, boleh membeli tetapi tidak perlukan wang tunai yang banyak.

"Dan mereka yang perlukan rumah dalam jangka masa yang pendek dalam 3 bulan itu, mereka boleh beli rumah tanpa menunggu 3 tahun. Jadi ini akan merancakkan lagi pasaran jualan semula HDB."

Dengan ini juga kata Encik Khalil, para pembeli golongan pendapatan pertengahan akan lebih terdorong membeli rumah daripada HDB berbanding rumah privet.

"Kalau kita lihat indeks jual beli rumah HDB, harganya telah turun daripada suku pertama 2013 tetapi dengan kelonggaran ini lebih ramai yang akan membeli rumah jualan semula daripada HDB dan ini akan merancakkan lagi pasaran ini," kata beliau lagi.

"Bagi si penjual, pasaran jual balik untuknya sangat muram tapi sekarang dengan langkah–langkah terbaru ini kemungkinan harga akan lebih menarik bagi mereka." 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan