Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak tempat bebas asap rokok di S'pura

Lebih banyak kawasan di negara ini bakal menjadi zon larangan merokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2018 07:31PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 09:55PM

SINGAPURA: Lebih banyak kawasan di negara ini bakal menjadi zon larangan merokok.

Para pegawai penguatkuasa pula akan diberi lebih banyak kuasa dalam menjalankan tugas mereka.

Misalnya, mereka boleh memasuki dan memeriksa sesuatu tempat tanpa memerlukan surat waran.

Parlimen hari ini (10 Sep) meluluskan pindaan kepada Akta Menghisap Rokok.

Ia bertujuan mengurangkan penggunaan tembakau serta kesan negatifnya kepada mereka yang tidak merokok.

Sehubungan dengan itu, Orchard Road akan dijadikan kawasan bebas rokok menjelang hujung tahun ini.

Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, berkata pihaknya akan memantau keberkesanan langkah itu di Orchard Road sebelum menimbangkan kemungkinan meluaskannya ke kawasan-kawasan lain.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan